Monday, March 31

manusia Blue.


Salam all.

#1

"kalau cakap nanti kau marah."

"bagi je lah tahu. mana ada marah. kenapa pulak nak marah. tak ada nya."

"sebenarnya..........................................."

"@#$#%$%$^^%$^$%&^&$$%^%$#"


#2

"kalau aku cakap bukan kau faham pun. baik aku takyah cakap."

"cakap lah dulu. kalau tak cakap cemana nak paham. kau cakap. explain semua. aku paham."

"macam ni......................................"

"!#!#@$#$#%$#^$%&^**^&. kau ni entah pape/asal buat camtu/kau boleh pikir kan? etc."


#3

"kalau ada apa-apa problemo. cerita je lah kat aku. aku tak pandai nak giving motivation. tapi aku boleh dengar problemo kau."

"ada. aku......................................................"

"kau ni apalah. benda kecik je. apa yang masalah besar sangat entah."


mohon jangan marah manusia biru ni.
diorang bukan alien. mahupun pelik-ers.
manusia biasa yang tak pasti dengan apa yang diorang cakap. sebab tu jadi macam gitu.

atau. cakap tak serupa bikin. mungkin?

jangan tanya. kenapa aku lebih suka simpan sensorang dari bercakap.
bukan aku tak pernah bercakap. tapi aku rasa bila aku bercakap. it will be worse. jadi lebih teruk. lebih heartbreaking.
tak sama macam simpan sensorang.
personally, aku rasa itu lagi baik. hahaha.

but i still happy. enjoy my life. as long as i can.
hidup bukan lama. rugilah nanti.

hahaha.

bukan senang nak jumpa orang yang paham kita. paham our situation at a time.
macam yang aku pernah cakap. diorang takda kat tempat kita. so tak boleh nak salahkan diorang jugak.

thanks yang pernah dengar problemo aku. aku rasa tak ramai.
aku tak rasa aku mengadu dekat kauorang. aku cuma nak kauorang dengar. dengar tanpa cakap apa apa itu lagi baik.
ke kauorang dah cop aku ni pengadu jalanan.

pengadu jalanan?
natang amenda ni?

entahhhhhhhhhhhh.

hahahaha.
salam sayang. bye. chaww.
 

Saturday, March 29

Focus and Ask.


Salam all.

first of first. apologize untuk gambar yang annoying and takda motip pun sebenarnya. kisah? =p

someone asked

cemana eh akak boleh dapat 7A? nak tahu boleh? akak selalu luangkan masa baca buku bila? nak tahu je. harap akak dapat share.

and i was likeeeeeee. 7A je pun. and i take a fairly long time to post this entry. actually at first i dont want to. ye lah. tak tahu nak post apa. hahaha. but bcs of this girl keep asking me "dah update ke?" etc. and yaa.

sebab aku tak tahu nak update amenda

 - im not a hardworking student yang hadap buku 24/7
 - duduk rumah lebih rajin online/facebook-ing/blogging/youtube-ing etc. dari study.
 - tidur lambat bukan sebab study. and tak pernah study lebih pukul 1 am, 
 - suka study sambil hadap laptop/texting etc.
 - buku banyak tinggal bawah meja dekat sekolah.

and banyak lagi. hahaha.

sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap cemana aku study. kalau nak bagi tips tu lagi lah tak ada. aku pun tak pernah follow tips apa apa. im just doing the way yang aku selesa.
but i try badly to realize and know how i studied for spm. just for spm. hahaha.


stay focused in class. i mean when teacher is explaining something please jangan buat menda lain.
kalau nak suruh focus dari mula class sampai habis tu. personally aku pun tak mampu. but if you can. tabik springggg beb. hahaha.
yes. aku sangat focus bila cikgu mengajar. sampai kengkawan sebelah aku pun tak berani nak tegur bila diorang nampak aku tengah focus. sebab aku sangat focus.

aku ingat lagi. bila mamat belakang aku nak mintak apa entah dari aku. mamat ni kalau nak bercakap ke apa dengan aku mesti through best-grrrlfriend aku. serious. and best-grrrlfriend kata camni.
"ee tengah  belajar lah. kejap lagi lah."

satu lagi menda aku ingat. bila cikgu physics cakap macam ni.
"tengok farozze tu dah nak tembus whiteboard ni dah. bulat je matanya."

hahaha. cukup dah bukti yang aku sangat focus bila cikgu mengajar.


and one more thing is. aku akan tanya cikgu tu till aku paham apa sebenarnya yang aku belajar. apa sebenarnya yang cikgu ajar. seriously.

aku rasa paling aku extreme bila bertanya is Addmaths subject.
sometimes cara aku dengan cara cikgu and the others selesaikan satu problem tu berbeza.
jawapan sama tho. aku akan refer cikgu betul ke tak cara aku tu.

memang aku jenis selagi aku tk dapat apa yang aku nak paham dalam subject tu. aku akan try sebaik mungkin nak paham. hahaha.

yang aku boleh jadikan bukti. when Hahahafiz pernah cakap adalah berapa kali bila aku absent.
"kelas ni senyap je bila uolls tak datang. takda siapa pun nak tanya. cikgu pun mesti bosan." etc.

aghh aku dah lupa. but somethg yang macam gitu lah. hahaha.


honestly. post ni diambik kira masa aku menengah atas je. menengah bawah jangan ingat lagi. mesti kauorang tak percaya yang itu aku TT____TT

aku dah tak tahu nak share apa. sebab aku ni 'ye ye o' je belajar. hahaha.

maybe cara aku belajar tak berapa suit dengan result. ye lah. aku dengan hahahafiz. lepastu disiplin entah pape.
tapi seriously tak berapa banyak pun usaha aku. and maybe jugak usaha parents aku yang lebih.
hantar aku pergi join skor A BH. beli portal score A etc. and lain lain. hahaha.

and ada jugak yang cakap dekat aku. "kau ni pelik lah. maybe sebab otak kau macam lelaki kot cepat pick up."
aku tak ingat siapa yang cakap. hahaha.

another post yang related to this post.
salam sayang.
chawww.


Thursday, March 27

Four things.


Salam all.

First

im veghie saddened with what has happened to the aircraft Mh370. i dunno what to say. im speechless.


to be honest, i still hope that a miracle will happen and all of them survived. yknowww. Allah the Alminghty. hm. but yaaaa. be strong ppl. hm.

Second

manusia yang i mentioned in THIS ENTRY. i mean who have sent messages to my friend. dah meninggal at 1.30 pm- 26 march, yesterday. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. amin. Al-fatihah.

Third

i've applied IPG. and i choosed Pendidikan awal kanak kanak and Reka bentuk dan teknologi. if i was not mistaken. hehe. so yang nak apply you guys can check it out HERE.
actually i tak nak. but yaaa just nak puaskan hati mak coz dari haritu request suruh i apply IPG jugak. maybe she want me to be a teacher liker her. i dunno.
but yaa im not prefer to be a teacher.

even Hahahafiz keep telling me yang i sangat sesuai dengan kerja kerja lecture. he told me tht i've characters tht is ideally suited to be a teacher/lecturer etc. im not very interested tho bcs i thought i sangat garang bila mengajar. hahaha.

 

i dun think so muka i sesuai jadi cikgu. i choose pendidikan awal kanak kanak bcs i sangat minat budak budak kecik. hahaha.

Fourth

ada satu group blogger dekat wechat. so member sangat sikit. kurang 10 i thought. hahaha. quiet meriah group tu even sikit member.
so to all yang nak join. boleh tinggalkan id wechat. i shall add you all in this group.
before apa apa. ONLY GIRLS/WOMEN ARE ALLOWED TO JOIN THIS GROUP. pondan akan dipertimbangkan.

SERIOUSLY TAK RUGI JOIN GROUP NI BOLEH TAMBAH FOLLOWER AND WECHAT FRIENDS. and you know what. diorang semua tersangatlah peramah.sporting dll. tambah meriah kalau you all join. hmm. i yang paling pendiam dalam group tu. emmm emmm =3

nak tahu blogger mana yang ada dalam group tu? hehehe. rahsia. join first baru lah tahu. suprise!

okay. chaww. bye.
salam sayang.
till we meet again.


Monday, March 24

for those who perasterated.


Salam all.


first of first.gua terpaksa hide diorang yang terlibat in this moment/problemo/case etc. so gua letak emoticon dekat nama dia. and yang lain gua blur kan nama. peace.

lupa pulak. Datin tu gua. hahaha.

okay. look.


im not good in giving motivation/advice ke apa. but yaaa. pathetic sungguh bila tengok classmate down sampai macam gini. serious.
semuanya start bila ada manusia yang text dia macam gini.

UPDATE! IM SORRY. I'VE TO DELETE THIS SCREENSHOT PHOTO. BCS HE WHO SENT MESSAGES. HE HAS DIED. AL-FATIHAH.
SO UNTUK MENGHORMATI ARWAH I'VE TO DO THIS.

i dunno who he is. i only knew yang dia dah kawan lama dengan classmate i ni.
and guess what? manusia ni oku. tangan sebelah.kaki.sebelah.telinga sebelah (if i was not mistaken)
i thought dia nak tunjukkan kelebihan dia dekat 'classmate'.
wallahuuu.

>
jap. gua cakap gini bukan nak kecikkan student biasa. i mean yg bukan dalam science stream.
cuma gua nak semangatkan kengkawan gua balik. thats it.
and gua berani cakap gini sebab ada sumber yang gua dapat dulu, somthg like this.

"kalau straight tujuh/lapan/enam As science stream dengan straight As bukan science stream. tinggi lagi pangkat science stream student." - bukan gua yang kata.

again. gua tak kecikkan non science stream student. tolonglah faham. kauorang sama sama usaha. sama sama dapat hasilnya tak kisahlah stream apa sekali pun.

untuk yang down gila dengan result. whatever stream pun. bangunlah kauorang. dont give up!
banyak dah chance nak sambung study sekarang.

im sorry to all my friends yang gua tak habis tolong dalam class. hm.
sorry budak lelaki yang gua selalu layan entah pape. agh sebenarnya gua tak tahu nak describe cemana. 
gua tengok lu malas sebab tu gua jadi macam tu. come on lah guys. lelaki mesti bangun dari perempuan. at least try. haha.

p/s : kalau ada pape kauorang nak gua sampaikan dekat classmate gua yang kena condemn dengan kawan lama dia tu. drop yr comment nanti gua screenshot kasi dia. 

thats all.
peace no war. salam sayang.
chaww.

Friday, March 21

spm-result


Salam all.

apologize to all yang ternanti nanti result gua. semalam tak sempat nak update. penat sangat haih.
tapi siapa yang befriend with me on facebook and wechat. kauorang dah tahu dulu lah ni.

hahaha. tak jauh dari trial. i didnt get straight As macam yang a few of ppl around me expected. apologize once again.
Alhamdulillah. ive just got 7As 1B and 1C. apologize to those who expect me to get straight As. this is what Allah give to me. thanks to mak and ayah, siblings, friends and all who support me.

a big thanks to cikgu cikgu bm, english, agama, sejarah, maths, addmaths, physics, chemistry and accounting who taught me when i was in form 4 & 5. apologize once again to cikgu cikgu that i didnt manage to get A in yr subject and for all my mistakes over the years.

i'll remember the kindness of you all. love all. peace.
maybe some of you yang dah baca apa gua post dekat facebook last night.
hehehe.


thank you to all who wish me tahniah/congrats/congratulations.

sebenarnya gua agak tak syok sebab addmaths gua A- gua nak lebih, kalau boleh A+.

"saya target awak A+ addmaths. tapi tak. hm. sebab tu saya taknak bagi tahu masa awak dtg tadi. saya memang ingat awak A+ sebab awak perform." - sir R.

tapi Alhamdulillah. jangan ingat gua tak bersyukur pulak. hahaha. maths gua A+. Alhamdulillah.

sebelum kauorang tanya biar gua yang kasi tahu. C gua chemistry. haihh ni lagi satu. cikgu chemistry sangat berharap gua dapatkan A untuk subject dia. but i cant. im so sorry. hm.
ive got B+ for english. ni lagi satuuuuu. missed A nama dia TT___TT

"english B+? kenapa pulak dah. grammar problem kot ni."

hemm. tu yang Allah nak kasi. redha.

congrats untuk semua 96-liner. dont give up kalau kureng. ini rezeki masing masing. ada sebab kenapa Allah bagi macam tu. ada hikmahnya. inshaAllah.
congratulationnnnnnnns semua.

p/s: banyak lagi gambar tapi insha Allah nanti gua update kalau rajin. ngohngohngoh.

chaww. peace.
salam sayang.

Monday, March 17

troll trolley.


salam all.

i had to accompany mak to go shopping barang barang dapur dekat mall. selalunya mak pergi dengan kakak so i boleh lepak dekat rumah lah.
mak sebenarnya nak cari orang tolong bawak trolley je. and sebab kakak takda this week, aku kena lah ikut mak as known as pembawak trolley. hm.

dah lah tak sempat nak lunch before pergi. nak cepat punya pasal sebab mak decide nak tengok adik dekat sbpi terus.
but its okay dalam kereta aku dah plan jap gi mak ambik barang dapur aku nak ambik makanan yang patut aku ambik. (angkat angkat kening)

okay mak pergi mall yang memang aku malas gila nak pergi bukan sebab apa. memang lah murah kat sini tapi ramai orang lepastu macam takda banyak ruang. siapa yang bawak trolley macam aku ni memang agak problem.
okay takpa. mak punya pasal aku okay.

beli beli barang. at first aku okay lagi. lapar pun tak lapar mana. i still can handle my perut.
and still can handle that trolley.
lama lama dah tak terhandle trolley ni. even i thought i dah pro bab handle trolley.
oh ya before this i handle berdua dengan kakak.
badan aku kecik and tenaga aku pun tak banyak. hahaha. sorry. i mean memang aku ni bab kena keluarkan tenaga ni memang lemah.
(sama kes macam masa aku pergi kem pkbm. masa kena tarik senjata part dekat peluru tu memang aku tak pass. orang lain senang je. agh jealous gila. hahaha.)

but yaaa harini aku kena handle sorang. okay lah as long as mak happy beli barang barnag dapur dia.
dah banyak benda dah aku macam nak terlanggar. perghhhhhh. seriau. hahaha.
ada pulak promoter kopiko. kalau dia tak suruh pun aku memang nak ambik tester tu.
dah ambik aku terus minum. fuhhhhh. panas siot. sakit lidah. hm.

okay pergi cashier mak bagi duit aku yang kena beratur. its okay. anythg for you mak.
total RM250++
apa yang mak beli aku pun tak berapa nak perasan. tapi ni kira okay. kami pernah pergi mall beli beli RM500++

hm?

dah habis bayar. guess what? aku terlupa semua makanan yang aku dah target nak ambik.

how come semua ni jadi kat gua?

lepastu kena bawak trolley sampai kat kereta. sabar.
as what i told, space kat situ macam sempit then orang halang halang gua. haih.

"mak cik excuse me. nak lalu." (senyum padahal dalam hati ^$%*. gahahaha)

jalan depan lagi aghhh siapa yang letak trolley tengah tengah jalan ni.
aku geram aku tolak je trolley dia.

hm kisah?

"uihh akak ni.....", ada sorang budak lelaki badan bulat bulat capai trolley yang aku tolak tu.
dia pilih ice-cream rupanya sampai kena letak trolley tengah tengah jalan =O

mak dah jalan kat depan dah. aku ni susah payah lah nak handle trolley yang penuh dan agak terlebih muatan ni.
and mak toleh belakang.

"ala kesiannya. meh kita tolak sama sama......"

"makkkk. dari tadi lagi. dah lah berat. hm takpelah nak sampai dah." TT____TT

the conclusion is, gua rasa gua kena kempen dekat mak beli barang bawah rm100 sahaja. so gua tak payahlah susah payah lagi next time bila keluar beli barang dapur dengan mak.

tapi selalunya mak taknak dengar kempen jimat cermat dari gua sebab gua ni jenis boros.
tapi kalini memang gua betul betul nak kempen.
atas alasannnnn gua tak mampu nak handle trolley yang penuh sorang sorang.

hahaha =P

peace. chawww.

Saturday, March 15

Hard to understand others' situation?


Salam all.

gua dah tak tahu nak buat apa. dah tengok wayang makan semua. gua pun ajak kawan gua lepak kat tangga Dmall. lantaklah orang nak cakap apa sebab gua pernah tengok brader brader lepak dekat sini. why not kali ni weolls pulak. then weolls pun sembang kosong kedai coffee je.

all of sudden.

"ni kak Nurul Farozze kan?"

"haaa, ya."

"senior SMKxx tahun lepas kan?"

"hmmm. ya."

and i wondered how come she knew all that bcs i never knew her.

"nak number phone boleh tak?"

"haaaa. nak buat apa? takyah lah."

then dia keluarkan phone.

"alahhh boleh lah. bukan nak jual pun."

gua pun bagi lah. sebab gua pikir lantaklah. bukan nak buat apa pun. kalau orang msg bukan gua reply topup pun tak number tu bcs now im a Digi user and i bagi number celcom. muahaha.

"terima kasihhhhh. akak ni comel lah."

blerghhhhhh TT___TT. gua pun pukul manja dia act nak bagi dia sedar tak patut cakap macam tu. gua rasa gua tak comel pun masa tu. serious talk beb.

lepastu kawan gua yang lain datang. gua pun saja lah tanya,

"kenal tak budak tu? tadi dia datang mintak number. at first takda lah nak bagi tapi dah keluar phone malas nak panjang cerita."

"alahhhh budak tu. apa tak kenalnya. blablablabalablablabla. yang hg pergi bagi buat apa? percaya sangat. blablablablabla." (gaya memang condemn gua habissssan)

"masalahnya mana lah tahuuuu. dia dah duduk sini mintak mintak.malas nak panjang cerita. malas nak melayan. bagi je lah apa dia nak."

gua memang tak pandai nak tolak apa yang orang lain mintak. tak pandai nak handle benda benda macam tu. situation macam tu. sumpah tak pandai. yang gua akan buat cemana nak cepat habis so gua bagi apa yang dia nak. simple. hahaha.

aghhh baru gua sedar orang lain boleh cakap apa yang diorang nak sebab diorang takda kat tempat kita masa tu. diorang bukan macam kita. personality berbeza. maybe diorang memang pro nak handle benda macam tu. tapi gua tak. hahaha. ye lah. diorang boleh cakap ikut suka hati.

bila balik gua jumpa kakak gua baru balik dari Shah Alam.

"tahu tak? terasa gila ni, ada ke kawan iolls cakap kat iolls camni, 'alahhhh belajar bukan susah mana. kerja ni lagi susahhhhhh."

"apesal dia cakap macam gitu?"

"takdalah. iolls cakap dekat dia. susah belajar ni perlu masa nak writing nak dapat ilham etc tapi lepas dia cakap macam tu iolls diam je lahhh tapi sebenarnya dalam hati iolls cakap lah. dia belajar sampai level mana nak banding dengan level iolls yang perghhh pecah otak ni. dia ingat senang ke buat boleh writing tiap masa. time idea kau kering? cemana pulak."

oh yaaa. kakak gua tengah buat research. sambung master.

lagi sekali gua sedar. orang lain boleh cakap apa yang diorang nak sebab diorang bukan ada dekat tempat kita. so kalau rasa apa yang diorang cakap tu tak membina. kauorang ignore je. buat dunno. macam takda apa apa. be happy.

sebenarnya memang lah tak semua orang mampu rasa apa yang orang lain rasa. sebab tu wujud orang yang tak faham orang lain.
kalau kauorang rasa kauorang jenis yang memang tak reti langsung nak rasa apa yang orang lain rasa. its okay. petty problem beb.
mulut tu senyap je. boleh bagi pendapat tapi jangan melebih.

hahahaha. pesanan untuk gua jugak.

chawww peace no war.

Wednesday, March 12

randomness #2


Salam all.

I was busy with all the assignments. yaaa. i must complete this assignments in 3 days.
haihh. empat assignments in 3 days. boleh imagine?

pulun lah gua. hahaha.

yes. buatkan assignments orang lain. who is my own sista-in-law. and she paid me.
nasib topic so-so. i mean tak susah and tak jugak senang. okay lah.

dengan keadaan diri gua yang tak berapa nak sihat ni. hm. gua admit susah jugaklah nak pikiaq nak keluar idea yang bernas bernas tu. its quiet hard. but i'll try my best and strive in earnest.
today dah masuk 5 days kot. if i was not mistaken. but no worries. everythings gonna be alright. ASAP.

"dah makan ubat?"

"okay lagi ni, takyah lah makan ubat lagi. kalau sakit nanti iolls makan ubat tau"

"tapi semalam kan dah promise?"

"alaaa tapi tak promise pukul berapa kan?"

cliche.
memang gua jenis malas nak makan ubat. bukan takut ubat. malas.
till gua rasa memang dah tak larat gila baru gua cari ubat.

even gua pandai suruh orang lain makan ubat. pesan macam macam. look after yourself blablabla.
tapi diri sendiri tak buat.

ada gua kisah? =p

okay.
dont forget keep praying for our beloved Mh370. stop rumors.

#malaysian #prayforMh370 #doakan370 #prayforspmresult


Sunday, March 9

#PrayForMh370 #sembangKosong


Salam all.

at first gua nak pergi dapur. lapar.
gua tengok abang tengah tengok tv channel 501 (awani). ye lah nak tahu the latest news pasal MH370.
okaylah tak jadi nak pergi dapur. lepak dengan abang jap.

hm. masing masing senyap tengok tv yang duk ulang ulang siaran yang sama. berita yang sama. but yaaa sebab nak sangat tahu apa yang tv update.
gua pun start tanya abang. niat gua sesaja je nak tengok apa dia jawab.

"TERPAKSA HIDE THIS CONVERSATION UNTUK ELAKKAN SALAH FAHAM KEPADA MANUSIA YANG TAK FAHAM APA ITU SEMBANG KOSONG. MAAF. SIAPA YANG SEMPAT BACA MEMANG BERUNTUNG. (hehehe). NAHHHHH. TERUSKAN BACA. PEACE NO WAR"

yang gua tak suka bila manusia duk buat lawak dengan benda yang serious gini. yang libatkan banyak perasaan manusia lain. tak paham sungguh gua.
kalau nak kata yang spread rumors entah apa apa tu memang banyak. banyak dah gua jumpa. tapi jenis orang gitu susah kita nak betulkan. diorang memang suka sebarkan benda yang diorang sebenarnya tak berapa nak pasti pun tapi diorang rasa macam boleh percaya.

honestly gua memang sedih dengar berita pasal tu.

macam mak kata,

"entah apa yang diorang rasa, yang family member diorang dalam flight tu. yang dalam flight tu lagi lah. punya cemas. cuma diorang yang tahu apa yang jadi. ada baby. ish. mak tak boleh imagine."

sedih. and im very sure that you guys pun rasa amenda yang aku rasa.
doa yang baik baik lagi baik bukan? sama ada selamat atau sebaliknya. mintak mintak semua dapat tahu jawapannya. dapat tahu apa sebenaqnya yang jadi.
even kita tanam jauh dalam hati kita masing masing harapkan yang positive. tapi Allah knows the best. Allah tahu semuanya.


wallahu. ni gua dapat dekat fb. sama sama kita doa okay?
and sebab gua rasa menda ni macam terlampau misteri.

jeng jeng jeng.

pray for them please guys. mintak Allah swt permudahkan segalanya. kalau boleh biarlah semuanya selamat. biarlah semua tahu apa yang jadi. biarlah semua dapat tahu jawapan Mh370 ni. Aminnnnnnn.

nak tahu apa contoh rumors yang gua jumpa?



kauorang tak rasa panas? dia pun duk copy-paste dari sesapa entah. yang mulakan rumors ni. cilakak. cinabeng!
hm. bukan marah tak suka.

p/s : jangan share apa yang gua sembang dengan abang dekat memana pulak. kitorang sembang kosong je kot. stop buat any spekulasi. stop rumors. berapa banyak kita punya 'maybe' pun benda tu belum sah betul. cukup lah semua 'maybe' yang kita buat tu untuk sedapkan hati semua selagi belum tahu jawapan dia apa. just pray for them. biar pihak yang patut berusaha. kita ramai ramai doa. semoga Allah swt permudahkan semuanya. Amin.

peace no war. chaww. 

Thursday, March 6

recognize diri lu.


Salam all.

aku nak share ni sebab aku memang terasa bila baca ni. hahaha. anyway aku suka fact pasal anak number 1/3/4/6 ni sebab buat aku lebih recognize diri aku cemana.

sensitive and easy to cry.
hahaha. part sensitive tu tak berapa nak sure tapi easy to cry tu memang. sometimes benda benda kecik pun aku rasa nak menangis jugak.

keras kepala & degil nak mampus.
entahlah. tapi ramai cakap aku ni degil. haih. hati keras kot aku ni.

care about other people talk about her or clumsy and careless.
pulakkkk. aku rasa gua jenis yang tak berapa nak care pasal apa yang orang cakap. seriously. haha.
okay and aku memang clumsy memang careless gila. ada one of ex-classmate dulu tak habis duk cakap. "ee ni clumsy lah. lawak. wkwkwkwkw." hahaha. ye lahhhh. aku ni memang clumsy pun.
careless tu dah kira sebati dengan diri aku tak boleh nak cakap apa dah =(

muka bajet garang tapi sebenarnya cute.
perhhhh. yang ni serious aku tak sure. muka aku bajet garang ke? macam aku pernah cakap ada chinese student panggil aku singa even aku tak pernah buat perangai gangster pun kat dia. maybe memang muka aku ni bajet garang kot. thats why dia panggil aku singa. hemmmm.

sweet macam madu, manja macam kucing  pemarah macam singa.
hahaha. sweet kemenda entah aku ni. aku manja dengan orang yang aku rasa nak manja je. mana boleh semua orang rasa aku punya manja. kan? em. teringat pulak mamat chinese yang panggil aku singa tu.

cepat touching even nampak tough.
ye lah. tengok movie pun part sedih aku nangis sekali. tak boleh nak tahan lah dia punya tahap touching.

always awesome and caring.
blerghhhhhhhhhhhhhh?

suka gelak walaupun hati tengah sedih.
hmmmm. memang aku suka gelak tapi kalau tengah sedih. aku tak rasa aku suka gelak =3

marah dalam diam. sentap dalam diam. kadang moody kadang happy.
no compromise. memang betul. kalau marah memang aku diam. diam sampai aku rasa marah tu dah hilang.

nampak pemalu tapi bila dah kenal mulut mengalahkan murai.
aku rasa jugak mende ni memang sebati dengan diri aku. hahaha.

merupakan tulang belakang adik beradik.
yang ni tak nampak lagi sebab aku kan 'kecik' lagi. haha. tapi tulang belakang abg aku tu maybe lah. kalau takda aku siapa yang dia nak buli nak suruh tiap hari. siapa?

happy depan orang tapi belakang orang sebaliknya.
hm. ni kira kategori fake smile kejadahnya tu lah kan. berlakon. tipu perasaan sendiri. gitu ke? hm. maybe aku memang pandai berlakon. ye lah. mana tak tumpahnya bakat Sharnaaz Ahmad kalau tak ke aku.

waktu muda menyusahkan tapi paling berbakti bila dah besar.
macam aku cakap. kan aku ni 'kecik' lagi. menyusahkan tu maybe lah menyusahkan kakak abang aku masa kecik kecik. ye lah. parents pergi kerja weekend. mana ada pengasuh. diorang lah layan aku. haihh macam macam aku pernah buat dekat diorang. rahsia maaaa.

muka gangster tapi cepat jatuh hati.
bukan aku yang cakap part muka gangster ni. okay? hahaha. malas lah nak cakap jatuh hati semua ni. aku pun tak tahu. tapi rasanya susah. tapi kalau dah jumpa orang yang aku suka. memang senang nak jatuh hati. hm. aku rasa lah. hahaha.

tidak suka dibanding-bandingkan.
yang ni memang pun. memang aku tak suka. buang masa lah kauorang nak bandingkan sebab aku akan tetap jadi diri aku. tu je.

now turn kauorang pulak nak recognize diri kauorang.

hahaha. salam sayang.
chaww.



Monday, March 3

randomness.


Salam all.

Lately ive got and offer to become a cikgu tadika dekat PASTI. and yaaa thats what i really wanna be. i mean a cikgu tadika. hahaha. seriously.
i do love kids. so much.

dah lama gua tunggu to get this job. but i've to refuse this offer. ye lah. susah. tempat tu jauh sikit dari rumah and kalau abang gua ni jenis boleh deal tetiap pagi hantar gua pergi kerja takpa gak. ni jenis nak suruh pun payah. buli gua lagi adalah.

agh. sadis. but emmm fikir takda rezeki je lahhh. i may be doomed to be a lepasan spm yang full time penganggur terhormat sambil duduk rumah kemas rumah, jemur baju etc tiap hari.

hahaha. okay what?

"kalau nak jadi cikgu tadika jugak sementara takda buat apa ni. esok pergi tadika dekat dekat sini mana tahu ada. gaji sikit tak kisahkan? memang teringin sangat kan?", mak.

and yaaa yesterday i went to tadika yang mak maksudkan. haih. guess what? staff dah penuh. okay bye T__T

then that evening. gua tengah layan perasaan. hahaha. seriously im not in good mood recently. i dunno why. ok nvm.
then, my sista-in-law duk datang bawak laptop. she got a lot of assingment to be completed ASAP. and she said that its hard because of time constraints. ye lah. anak lagi kerja lagi.

lepastu gua pun pikiaq. chance nak dapat income ni.

"biarlah iolls tolong. akak bayarlah."

"haaaa. betul ni? akak dah buat dah. tolong buat essay in english je."

"beressss boh."

i pun pulun ahhh buat nak 500 words. okaylah topic pun aint that bad. i can do this.dapat jugak merasa buat assignment before continuing study. cewah. haha.

"baguihhh lah. dapat belajar. tambah knowledge.",ayah.

Indeed, ayah gua memang macam gitu kan. masa seminggu baru lepas habis spm dulu pun ayah asked me, "so nak buat apa? takda buat apa. study lah sikit-sikit."

and i wassss like. "haaaa?" ((blerghhh))
masa sekolah dulu tak pernah pulak suruh gua study. setakat suruh siapkan homework je. tu pun kadang gua tak siapkan.

wish me all the best. chaww.

p/s : gua curious betul sapa anonymous yang selalu hantar soalan dekat ask fm tu. siapa? sharnaaz ahmad kot eh.

Saturday, March 1

kecik besaq.


Salam all.

All of sudden someone knocked on my door. i mean pintu bilik. entah siapa. i dont think so thts my brader bcs normally mamat tu takkan ketuk pintu. dia jenis pakat serbu masuk je. then i began to wonder who.

"Assalamualaikum ((ashaaaamekom))"


i was lying on my bed. then i got up and opened the door. there were a little cute girl in front of me. sambil bawak bantal kecik dia dengan botol susu.

ala comel comel comel. anak sedara gua rupanya. she will be 2 yrs old on this 6th March. yey. dah besaq.

"haaaaa. nak apa ni?"

"nak tidur sini. tidurkan jaiyahhhh." 

dia terus pergi naik atas katil. bcs of dia dah request so i started to tidurkan dia. alah. no problemo. dah biasa buat kerja camni.

usually i shall sing some zikir to snooze her just how her mama did. since dia kecik lagi memang dia biasa tidur ada orang duk zikir untuk dia. how cute. emmmmm.
i berzikir till she literally falls asleep. and what i did to know tht dia dah betul betul lena is tarik dia punya botol susu. and if dia dengan rela hati lepaskan botol tu kira dah lena lah tu.

hahahahaa. this is my own theory. lol.

and i thought tht how happy to be a kid. i mean yaaa they dont have any problem to be solved. setakat problem cemana nak susun lego lego ni jadi bentuk yang diorang nak. cemana nak make-up kan barbie doll secantik yang diorang nak. etc.
tu pun kira masalah besar dah bagi diorang.

main main main main. penat tidur. lapar makan. minum susu.

all tht will change when ppl began to grow. yaaaa. start with tangkap cintun dengan beruk. etc. hahaha.

i just miss my childhood. main bola sepak. penggal slipper. main guli. bola sepak kotak blablablabla.
malam-malam ayah tidurkan. 
and dont have any problem. setakat problem malas buat homework tapi takut cikgu marah. tak puas waktu main petang sampai dah maghrib pun tk tahu nak balik rumah. kena marah dengan mak. blerghhhhh.

gua rasa benda tu kacang goreng je bila dah besar ni. padahal dulu rasa tu lah masalah negara paling besaq sekali.
problem cintun beruk pun takda apa. semua gua yang tinggalkan diorang. terima kasih untuk semua hadiah hadiah kauorang yang lastly aku campak je entah kemana.

hehehe.

when we start to know what is sayang. what the mean of sayang. and we shall have 'that' problemo.

this is what we called life.

bila kecik kecik teringin nak jadi dewasa.
bila dah besaq teringin nak jadi budak-budak.

cliche bukan?

itulah manusia biasa.

peace. chaww.