Sunday, April 6

kid kiddo.


Salam all.

semalam gua kena jadi babysitter. jaga adik adik saudara dengan anak saudara gua yang sorang tu.
haihh. gua semakin tak paham apesal bebudak ni kalau dengan gua extreme semacam.
kalau dengan kakak dengan mak gua, pandai pulak kurangkan nakal dengan mengada diorang tu.

ke diorang anggap aku ni umur macam diorang je.
padahal gua dah buatkan susu. mandikan 3 kali tahuuuu? still tak boleh rasa gua ni lagi besar dari diorang ke?

blerghhhh


(adik 4 yrs old. and always wanna be a raksaksa. bukan ultraman)

sebenarnya gua rasa gangster gua tercabar bilamana.

diorang datang serang gua masa tengah tidur lagi. gerak gua bangun and at the same time. selongkar habis benda benda yang gua simpan.
ambik kerusi nak ambik barang tinggi. yang kakak tolong adik ambik kerusi. adik panjat.

bila gua baring siap naik atas gua lagi. bila gua menerap. pergi berpakat tiga beradik tu geletek kaki gua.
yang adik siap pijak belakang gua lagi. belum lagi tetiba peluk gua. blerghhhh.

boleh imagine yang kakak tu siap nak dukung gua lagi and she said "awak ni kurus kan"
ye lah. kakak debab. hahahaha.

the most thg yang gua suka dengan diorang ni adik beradik. bercakap bahasa ultraman. "saya awak" and nada ke apa semua  sebijik bijik macam dalam ultraman.
hahaha. ultraman over dose.


(abang and kakak. 8 and 6 yrs old. abang pasif sikit dari kakak.hahaha)

yang abang tak habis tanya "awak. sekarang ni dah petang ke belum?". ye lah dia tanya gua bila aiskrim nak lalu. gua cakap lah "petang nanti baru ada. sabar lah dulu." padahal dekat taman ni dah lama pakcik aiskrim tak lalu. mana pergi entah. selalunya ada je TT___TT

"saya tak suka lah cuaca harini. memang sangat teruk. sebab tu saya nak aiskrim."

"apesal pulak. bagus lah mendung. sejuk."

bila dah sampai petang diorang tanya mak pulak bila aiskrim nak lalu. mak pergi cakap. kat sini dah lama aiskrim tak lalu.
then mak jumpa aku.

"tadi diorang tanya mak. bila pakcik aiskrim nak lalu. diorang kata kamu cakap petang nanti baru ada. mak kata dah lama pakcik aiskrim ni tak lalu. then they said you're lying. why?"

"orang malas nak layan cakap je lah petang. mana tahu harini ada lalu pulak keeeee."

yang bebudak tu tak habis kata gua tipuuuuuuuuuuuuu. blerghhhh.
gua cakap je lah. "okay aiskrim takda. tapi kat sana tu ada orang jual air ais."

"jom lah awak. jom lah pergi beli air ais. kami tak pernah tengok air ais tu macam mana. awak pergi lah mandi. jom lahhhhh" (ulang again and again)

gua cakap air ais tu. air yang bubuh ais. tapi kat situ jual air such as cocacolat.pepsi.strawberry f&n. etc actually gua malas nak bagi bebudak ni minum air camtu. diorang dah selalu dengan fast food tho.
dengan gua kita jaga pemakanan sikit ye. padahal. gua sendiri?

blerghhhhh.

and banyak lagi yang diorang buat yang mencabar ke-gangster-an gua. sampai yang adik lari lari target perut gua. perghhhhhhhhhh. sakit siot.

jangan ingat gua ni tak garang. sebenarnya garang. tapi sebab anak orang malas nak ambik port nak garang sangat.
hahaha.

okay lah. gua admit. gua dengan bebudak susah sikit nak garang. entahlah. bukan tak pernah marah. tapi tak tahu apesal. diorang susah sangat nak dengar cakap gua. kenapaaaaaaaaaaaaa?

okay chaww lu.
salam sayang.

32 comments:

Nurul Farahizzati Zakaria said...

bagusnya u.. mandikan sampai 3 kali.. hahaha.. okay ee, soalan cepumas : dah sedia jadi seorang ibu? hahaha.

Ain Nafisha said...

Nakalnya budak-budak Ee jaga, tapi comel hoho.

Ain Nafisha said...

Nakalnya budak-budak Ee jaga, tapi comel hoho.

Lollipop Manis said...

hahaha. kalau akk lah memang dah bagi sebijik. geram budak2 nakal mcm ni. hahaha. gangster tak? xD

Nurhazlin Hussein said...

Wohooo . You're a great babysitter ! Hahahah >.<

Asyrahtul Akmal said...

Haha. Lawak aa yg part lari-lari sambil target perut. Woowwww, sakit >.<

Lieya Yaya :) said...

biasala dikk . dengan budak2 sejuk mata memandang even depa nakal gila2 . hihi

Bella Nabieyla said...

hahah kelakar lah , kesiannye lahh hai :D

zakira afina said...

ee, you will be a good mom cayaalahh. haha. dah ade experience jage budak ;)

Farah Arina said...

cewah pandai ee jadi babysitter. sampai mandikan 3 kali. ;)
farah tak suka sangat dengan budak-budak ni, rimas lol xD

Nurul Syahada said...

wowooo, si gangster dibuli. ngehngehh

Puteri said...

pergh, hilang terus gangster Ee bila dengan budak budak

Anizz Annisa said...

tergelak2 tersengih2 akak bace entry ee nie.. adehh.. gangster pon kalah dgn raksasa ke ee..huhu.. sesuai dh jd ckgu nie.. ;)

Akeyla Azmi said...

pergh teringat adik sedara qila memang mintak lempang hahahaha.
Nakal tahap kuajo ah heeee.

comelnyaaa ee jaga bebudak hewhew.
buat susu mandi 3 kali piwitttt hihihihi

nak tengok ais? kitorang takpernah tengok ais :(

hahahhaha

Tashira Sha said...

hahaha. part suruh mandi sbb nak tengok air ais tu lawak. kahkahkah

Nur Hamizah said...

Bestnyaaaaaaa ee dah biasa dengan budak-budak. Mesti bestkan ? :D

Farah said...

Bagus betul ee jadi babysitter ni. Tinggi kesabarannya ni.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

Ee comelnyaaa ! suka sangat tgk orang pandai layan budak ni . Hazy pun kekadang ada jugak jaga cousin . tp end up hazy yang kena buli . Cousin tu cecomel sangatlah adik beradik lelaki . hihi. btw, nice job lah . Bila Ee nak jadi ibu ni ?

Nurulee said...

Lambat amat teramat sangat ee nak dapat pangkat ibu tu. hahaha.

Azwar Syuhada said...

Gangster ee kena buli dengan ultraman..hahaha

Miza Lee said...

comelnya...! :) teringat adik miza yg arwah tu. :(

Miss Xyz said...

Memang tabik! Ni perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau saya ni, umm habislah bebudak tu ahaha

Sally Yatiey said...

Comelnyaaaaa ;D hee

Dalila Samsudin said...

lol kita hari2 jaga budak. 2 org. sorg 3 thun laki,sorg tadika permpuan. dua2 degil semcam. Yang kecik tu kalau kita taknak buat sesuatu untuk dia mesti dia bodek "Kakak kan baik~ Kakak kan Ultraman" dengan muka comel. puih hahaha

Teena Tna said...

Hahaha. Bagus pulak diorang ber'saya awak'.

ecah khalili said...

3 kali mandikan..huiyoo..dah leh jadi ibu dah ni..ecah ni harap jer nak jadi ibu dah tak lama lagi..tapi xreti langsung jaga budak2 ni..haha

eyqa yushaiza said...

yus babysitting budak2 kindergarten ni penat nak melayan diaorang. nakal yang amat. boleh pengsan rasa. tapi best sangat kalau lepak dengan diaorang.

Ninaa Hassan said...

hee hg dah boleh jadi ibu dah ee.
ehem ehem apa lagi cepatkan lah majlis haha
romantik pulak budak2 ni ber"saya" , "awak"

Niesa said...

budak2...dorg lah racun dorg lah madu..ahaha..

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

bestnya skinny short ! Ee taw tak? org rendah ni biasanya awet muda =D anddd, rasanya tinggi kita lebih kurang la sbb hazy 158 camtu . tp hazy tak underweight lah. ni sekarang macam nak overweight je.. hehe

Pykaa Pdott said...

Hahaha lawak plak akak tgk . Tapi nasib la ee jnis sbar mlayan kan . . Hehe . .

Arif said...

Jenis hati lembut n sabar, ok pee. nk jd gengstaa pulak daa. lalala....