Sunday, March 9

#PrayForMh370 #sembangKosong


Salam all.

at first gua nak pergi dapur. lapar.
gua tengok abang tengah tengok tv channel 501 (awani). ye lah nak tahu the latest news pasal MH370.
okaylah tak jadi nak pergi dapur. lepak dengan abang jap.

hm. masing masing senyap tengok tv yang duk ulang ulang siaran yang sama. berita yang sama. but yaaa sebab nak sangat tahu apa yang tv update.
gua pun start tanya abang. niat gua sesaja je nak tengok apa dia jawab.

"TERPAKSA HIDE THIS CONVERSATION UNTUK ELAKKAN SALAH FAHAM KEPADA MANUSIA YANG TAK FAHAM APA ITU SEMBANG KOSONG. MAAF. SIAPA YANG SEMPAT BACA MEMANG BERUNTUNG. (hehehe). NAHHHHH. TERUSKAN BACA. PEACE NO WAR"

yang gua tak suka bila manusia duk buat lawak dengan benda yang serious gini. yang libatkan banyak perasaan manusia lain. tak paham sungguh gua.
kalau nak kata yang spread rumors entah apa apa tu memang banyak. banyak dah gua jumpa. tapi jenis orang gitu susah kita nak betulkan. diorang memang suka sebarkan benda yang diorang sebenarnya tak berapa nak pasti pun tapi diorang rasa macam boleh percaya.

honestly gua memang sedih dengar berita pasal tu.

macam mak kata,

"entah apa yang diorang rasa, yang family member diorang dalam flight tu. yang dalam flight tu lagi lah. punya cemas. cuma diorang yang tahu apa yang jadi. ada baby. ish. mak tak boleh imagine."

sedih. and im very sure that you guys pun rasa amenda yang aku rasa.
doa yang baik baik lagi baik bukan? sama ada selamat atau sebaliknya. mintak mintak semua dapat tahu jawapannya. dapat tahu apa sebenaqnya yang jadi.
even kita tanam jauh dalam hati kita masing masing harapkan yang positive. tapi Allah knows the best. Allah tahu semuanya.


wallahu. ni gua dapat dekat fb. sama sama kita doa okay?
and sebab gua rasa menda ni macam terlampau misteri.

jeng jeng jeng.

pray for them please guys. mintak Allah swt permudahkan segalanya. kalau boleh biarlah semuanya selamat. biarlah semua tahu apa yang jadi. biarlah semua dapat tahu jawapan Mh370 ni. Aminnnnnnn.

nak tahu apa contoh rumors yang gua jumpa?



kauorang tak rasa panas? dia pun duk copy-paste dari sesapa entah. yang mulakan rumors ni. cilakak. cinabeng!
hm. bukan marah tak suka.

p/s : jangan share apa yang gua sembang dengan abang dekat memana pulak. kitorang sembang kosong je kot. stop buat any spekulasi. stop rumors. berapa banyak kita punya 'maybe' pun benda tu belum sah betul. cukup lah semua 'maybe' yang kita buat tu untuk sedapkan hati semua selagi belum tahu jawapan dia apa. just pray for them. biar pihak yang patut berusaha. kita ramai ramai doa. semoga Allah swt permudahkan semuanya. Amin.

peace no war. chaww. 

25 comments:

Izzati Jefree said...

hm betul tu. jgn buat rumours tak betul. ada yg kata mendarat kat naming airport lah apa lah. semoga mereka semua selamat. ameen. :)

Lollipop Manis said...

hrmm, boleh jadi jgk apa abg ee cakap tu. but, wallahu'alam hanya Allah yg tahu apa yg terjadi. sama-sama kite doakan yang terbaik. #prayformh370.

trah zain said...

rumors tu mmg bikin panas la, suka hati dia ja nak kata camtu, tak sahih lagi tak boleh dipercayai. Macam2 la depa ni, nyawa orang kot, duk buat teka2 pulak. Kemungkinan yang first tu, saya pun sokong jugak wpun takla 100%.. Tapi apapun, kita doakan yang terbaik u dorang..aminnnn...

Ninaa Hassan said...

hmm byk sgt kan rumors sampai jadi annoying. tak paham betul lha benda macam ni pon nak buat lawak.>_<
#pray4Mh370

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

your brother's answer is pretty similar to my theory . i've thought the same thing since the plane disappear . But yeah, maybe boleh cari kat korea utara kot? tht's the only country yg tak bercampur dgn dunia luar. komunis . p/s: this is only my theory . bukan statement yang nyata . peace =D

Akak Adek said...

As salam..,

Moga Allah memudahkan segala-Nya kan...

Amin.. :'(

Farah said...

Sedih sangat bila orang buat lawak pasal benda ni. Saya pun banyak juga fikir pasal possibilities kejadian ni, tapi simpan sendiri saja.

Farah Arina said...

ada orang tulis kat fb:

"Alhamdulillah. Pesawat MH370 sudah dijumpai di belakang rumah saya. :)"

TT_____________TT

Anizz Annisa said...

byk sgt rumors..smpai bosan nk bce..huhu..doakan yg trbaik utk mereka.. :)

Arham Md Ali said...

Contoh benda macam ni kalau sapa-sapa buat PhD or master boleh dijadikan topik essay diorang la. Pasal human psychology dan keinginan manusia untuk bercerita. :P

Ayue Idris said...

yela..byk sgt rumors..smpai ade yg xtercapai dek akal ni nk pk..dasyat btol diorg tu kn..

ape pun #PrayForMH370

amenn..

Anis Adnan said...

Terlalu banyak rumor & takkan berhenti selagi pesawat itu tidak ditemui. Apa-apa, terus #PrayForMH370

Norhasniza Khalid said...

ntah apa-apa lah dorang ni... aish! geram pulak

zakira afina said...

Betul tuu. pengharapan yang tiada penantian. Allahu. Sedih. Orang duk buat spekulasi sendiri dan hebahkan. Langsung tak tahu nak fikir.

Apa yg abg ee cakap tuu macam boleh jadi je kan. Sungguh kita tak tahu ape2. Semua di dalam pengetahuan Allah.

Siara Elina said...

sebarang je nak copy paste . haha pelik betul diorang nieh.

E'in said...

ramai yg tokok tambah cte padahal xtahu sahih ke x.. hmmmm

AmySyahiera Malik said...

betul tu , banyak sangat cerita yang tak sahih kat laman sosial nie . nak tahu betul ke tidak tengok jela astro awani tu haa . da 4 hari hilang , misteri betul . risau pon ada . Allah adalah sebaik2 perancang , semoga semua nya selamat dan pencariannya dipermudahkan . aamiin :)

Farhah Nasuha said...

Tak sempat bacaaaaa conversation tu , alaaaa . haha . But , anyway keep praying .

eyqa yushaiza said...

memang banyak gila speculations yang ada. memang kebanyakannya tak boleh dipercayai. #PrayForMH370 :')

Zizie Zack said...

ala.. i xsempat nak baca conversation tu.. betul tu.. dahla last feb i baru lepas hntr my nephews kat klia. i terbayang kalo dorang yang kena. rasa nak katok sampai tak bernyawa je orang yang buat sepekulasi melampau nih.. emo taw.. X(

Time Traveller said...

Betul tu setuju... sekarang ni tak boleh nak copy paste jer.. kene buat selidikan betul2 baru boleh share..

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah malam dik...jangan berputus asa untuk mendoakan keselamat mereka...teruskan berdoa semoga mereka ditemukan dengan keadaan selamat...amin...

athiqi ariff said...

sebaiknya kita xpyh bt pape spekulasi kan...doakan mrk selamat..amin.

Miss Boo said...

sedih xdpt baca conversation yg tlh di hidekn... heeee

Siti Zara Nurhaidah said...

Zara pon heran ngan org2 yg suka sebar spekulasi xberasaas ni. Siap ada myamar lg jadi ahli kluarga mangsa.. fuh ! Panas.....