Thursday, February 27

Mimpi ketul-ketul.


Salam all.

Alhamdulillah. gua dah sihat. tekak dah tak sakit. dah tak demam. flu pun dah start nak recover. cuma telinga ni. tapi sakitnya dah kurang. nanti gua pergi clinic k uolls.

ni gua tengah curious gila ni.
apesal lah sejak semenjak dua tiga menjak ni gua asyik mimpi pasal couple kawin couple kawin.

haihhh. rasanya gua takda gatai nak menikah lagi.

ke sebab soalan dekat ask fm yang berbaur nikah tu. taklah. i mean ada yang tanya nak anak berapa. bila nak kawin. etc.
duhhhhh. gua baru 18. baru je merasa nak remaja.

gua nak habis study duluuuuuuu. k. bukan tu je. nak kerja dulu. kerja. ya. kerja.
gua mana pernah kerja. serious. sekarang ni pun jadi penganggur terhormat. ye lah parents gua memang tak bagi gua kerja.

emmmmmm. but its okay. cuma takda income. harap duit ayah bagi je lah. =3

tu bukan ceritanya.

ceritanya pasal mimpi gua ni.

quite recently gua mimpi couple dengan mat hindustan. aku sure dia hindustan bukan bangla.pakistan etc. gahahaha.
seriously. aku sure betul dia hindustan.
dalam mimpi tu kemain lagi aku dengan dia. naik motor sama sama bruhhhh. dia siap pakaikan gua helmet lagi.
tapi janganlah risau. dia handsome. puuhhhhh kalah shah rukh khan. adalah muka macam ustaz gua masa gua form 3.
ustaz tu muka macam hindustan. hidung mancung. haihhh.

hahahaha.

dalam mimpi tu boleh pulak gua terpikir. "ayah tak marah ke ni? bagi pulak mamat ni nak hantar aku balik. naik motor lagi."


http://4.bp.blogspot.com/-PCiy3blpHxw/T5AYS56C-eI/AAAAAAAAAO8/eKLYE07MpyA/s1600/2012+Triumph+Supersports+Daytona+675.jpg 

kalau mimpi naik motor gini takpa gakkkkkk. heaven lah jugak rasa. dengan rider suit. hm. suka betul gua mamat naik motor gini. tak handsome pun gua rasa handsome. haha.

dey. padahal gua tak suka pun mat hindustan. sebab kuat makan kari. gua tak suka kari.

malam tadi lagi parahhhhhhh. gua mimpi dah kahwin dengan mamat badan ketul ketul. sejak bila taste gua gini? cukuplah badan ketul ketul macam sharnaaz Ahmad. lebih dari tu gua tak boleh terima. tambah lagi yang kilat-kilat tu.
sakit mata gila tengok. silau.

cukuplah dapat yang ketul ketul sikit. ada 6-pack pun okay. part dada tuuuu. fuhhh fuhhh =3
ni yang ketul ketul macam bina badan tu. haihhhh. macam mana lu boleh jadi laki gua? mana datang masuk mimpi gua? kacau gilaaaaa. nightmare siot.

tapi part paling strange. dalam mimpi tu gua suka diaaaaaa. tu yang jadikan gua super curious.
dialog yang gua ingat dengan mat ketul tu. gua tengah marah dia.

"habistu suka ka? suka orang tengok bini sendiri?"

"suka. baru dia tahu seksa kat akhirat nanti duk usha bini orang."

perghhhhhhhh. amenda ni. gua terjaga. gua sepak sepak pipi gua. tutup muka dengan bantal. gosok gosok kepala gua. gua takut gua dah mereng. gua tengok jam pukul 5 pagi. tidur balik.

apesalahhhh bukan sharnaaz ahmad je dalam mimpi gua tu?

hm.


29 comments:

Puteri said...

hahahahaha side effect demam ke pe? hahahaha

Ahmad Zaki said...

Hahahahha. Lawak². Nak ketul² makan ais ketul. =P

ZH Blogger

Anis Adnan said...

amboii.. mamat hindustan..
cepat2 cari calon ya dik! Kikiki :D

zakira afina said...

haha. lawak eh mimpi. hehe, mimpi berketul-ketul lagi.

mesti banyak berangan eh :D tpi kalu jadi kt sy mmg nightmare laaaaa. tk snggup dapat mimpi org laki mcm ahli gusti jdi partner life.

Aisyah azizon said...

hahahahahaha.. i can't stop laughing.
normal lah tu ee, ecah kekadang mimpi bkawin ngn mamat korea. ingatkan real, but it just DREAM. sigh -.- sometimes mimpi indah tu buat ecah xnk bgun dri tido, sebab i know itu mimpi. sobsob

Nurul Syahada said...

Ini serius memang nightmare .haha

Anizz Annisa said...

haha..mcm2 ee ni eh.. jage2.. next mimpi dh de ank plak..huhu.. ^__^

Yana Halim said...

amboi! kemain lg mimpi dia. hahaha...

Zara Nurhaidah said...

mamat badan ketul2 ??? erkk.. hahahha

Eimma Esmail said...

hhahaha.. boleh plak gtue eh?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. macam dalam drama je mimpi tu.. kalau mamat muka hindustan akak pun minat juga..

Farah said...

Kemain betul mimpi ee ni. Haha :D

anamizu said...

ana suke gak mcm sharnaz ahmad.
tp cukupla mcm sharnaz tu je.
takmo jugak ketul2 + kilat =P

Akeyla Azmi said...

amboi amboi *cekak pinggang* hahaha. ee ni lawok lah haih. eipp eipp sharnaaz is mine :p
hihihi.

Own Tihah said...

Haha.. Lawak gilaa. Kebetulan mybe. :) . Mimpi mainan tidur ~

Nini Hanini said...

nak jugak mamat hindustan..kih3 (^-^)v

Lollipop Manis said...

Hahaha. Kecelaruan minda nihhhh ! xD

Niena Reen said...

Huiyoo abang ketul2 tu dia mimpi. Rare rare. Kahkahkah!:D

Am_Mir said...

ahahaha ... xD

Mazni Munawar said...

hahaha! tak boleh blah mimpi akak ni. nak yang ketul-ketul pulak tu xD waduh lawak

AmySyahiera Malik said...

haha , kelakar la mimpi Ee nie . mainan tidur je tu :)

Ninaa Hassan said...

dah boleh kawin lha tu ee .
mungkinkah jodoh dengan mat hindustan ?bhahaha

Nurulee said...

jangan. matilah iiiiiiiiiiiiiiiiii.
taknak! hahahaha.

kuch kuch hota haie.

Erny Eraz said...

haha semoga impian mendapat lelaki naik moto gitu tercapai ahaks :D

Farah Arina said...

wuyyoo 6-pack xD
bila ee kawin nanti mesti ee dapat yang hensem-hemsemmmmmmm hihi xD

Gee Lion said...

Hahaha.. macam dah tak lama je tu cik Nurul a.k.a Ee.. :p

Nurul Farahizzati said...

berat kes ekau ni haaa... tu la, tidur tak basuh kaki la tu.

Nur Hamizah said...

Hahaa. bila ee cakap pasal sharnnaz, teringat tahun lepas ada masuk drama lelaki yang jadi suami miza dia orang make up macam sharnnaz. Badan dia pun ketul-ketul. Hahaa. XD

Alia Laila said...

Ok ni epic gila hahahaha !