Tuesday, February 11

Kejamnya.

salam all.

Ya Allah. dia tak tahu nak buat apa. kadang dia rasa macam tak boleh nak maafkan diri sendiri.
dia terlampau suka ikut perasaan. perasaan seronok yang hadir dalam diri dia. buat dia tak pikir pasal perasaan orang sekeliling dia. pasal kau.

bukan dia takda rasa bersalah. ada. tapi entah kenapa rasa bersalah yang ada buat dia rasa marah dekat kau.
sebenarnya dia marah diri sendiri. sebab rahsiakan semuanya dari kau.
bagi dia semua ni benda kecik. tapi tak pada kau.
kejamnya dia.

bukan dia tak sayang kau. tapi keadaan yang jadikan dia macam tu.
ye lah. masa yang kau bagi dekat dia dah tak sama macam dulu.
sedikit sebanyak buat dia rasa sunyi. sunyi takda kau.
bila yang lain datang. dia mula rasa seronok. rasa sunyi tu hilang.
tapi dia tak pernah lupa sayang dia dekat kau.

senangnya dia buat kau. kejam.
dia cuma rasa kejam lepas dia sedar yang kau dah tahu semua.
bukan sebelum ni dia tak pikir. tapi entah kenapa.

entah kenapa dia terlampau ikut perasaan seronok dia.

apa yang dia rasa sekarang. dia tak layak untuk orang sebaik kau.
tapi kau marah bila dia cakap macam tu.
kau takkan paham.

masing masing mula salahkan diri. kauorang tak sedar sebenarnya dia yang salah.

dia dah besar. dah boleh pikir. tapi entah kenapa dia boleh buat benda bodoh macam tu.
tak nampak apa yang baik. apa yang buruk.
tamak.

dia menangis. menangis sebab sedar salah dia. salah dia sebab buat kau macam tu.
kejamnya. memang kejam.

kalau dia boleh buat pilihan. dia pilih untuk jauh dari semua ni. jauh dari kau. sebab dia tak layak untuk orang macam kau.
baiknya kau. layan perangai dia yang gila gila. yang pelik.
tapi apa dia dah buat dekat kau?

kau takkan pernah lepaskan dia. biar sakit mana pun hati kau. sebab sayang kau dekat dia.
kenapa tak pernah sekali kau cuba buat dia rasa apa yang kau rasa?
kau tak sanggup. baiknya.
tak macam dia. kejam.

berbeza.

bukan dia tak sayang. tapi kau takkan paham.
tak mungkin dia boleh maafkan diri dia. 

menangis. itu je yang dia mampu buat.


p/s : sorry lah. aku tk pandai nak puitis. cuma tulis apa yang aku rasa nak tulis. hehehe.

28 comments:

Izzati Jefree said...

terasa dgn apa yg ee tulis T_T

athiqi ariff said...

xpe..tidak digunakan kelembutan kepada kekasaran kecuali kelembutan pasti menang..dan tidak digunakan kekasaran kpd sesuatu pasti mendatangkan keburukan..

CikFiFi Yohannes said...

tak pandai puitis ? ehh teruja nak baca . sampai habis baca :D

Aisyah azizon said...

hee. boleh la ambik sastera lepas ni. masuk UM. hee. good job ee^^

Puan Gojes said...

pandai awak tulis :)

Alyani Matshah said...

wah.... ok sgt ne ~

Nurulee said...

tulis apa yang terpikir je.
hahaha.

cik kiera said...

Luahan dan kata2 puitis yang mantap... pandai sastera lah nihh kan? ... Apa2 pun sesuatu benda yang dahh lame tersimpan pasti akan terluah juga akhirnya kan? :)

Cik Itah@RRP said...

salam. ok apa tulisan dalam entry ni :)

Nurulee said...

cik kiera,
takdalah. ee tak pandai langsung tulis apa semua ni. kalau dekat sekolah memang essay tu benda paling menyampah. hahaha. cuma yang ni ada sentimental value. tu je.

Farah Arina said...

love your picture <333

wawa zulkefli said...

saya tak nampak ruang chatbox awakk. hehehe terkesan sikit baca ni T___T

Lollipop Manis said...

wahh. puitisnyA ayat. xD
Cantik gmbr dia. weheee

AnisNazirah Aziz said...

Kenapa post ni macam nk tuju kat sy je T.T

Mmg benda ni terjadi kt sy. Sy adalah mangsa si kejam tu. Hurm

Btw thanks sbb usha blog sy :)

Nadia Farhana Ismail said...

ambil sastera ke? nice :D

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah malam di sini sambil follow...salam kenal dari akak...Tulis apa yang tersirat dari hati itu yang terbaik...

Nurulee said...

ee science's student. memang tak ambik sastera. tak teror pun. pernah dapat b dalam penulisan. bm pun tak teror. hahaha.
tulis apa yang rasa je. hiks.

sekian, thanks all.

Nur Hamizah said...

Hmm malam-malam layan perasaan. Seperti kisah yang melakar dalam diri *menangis dalam sepi*. Dia memang kejam. Tapi tak pernah sedar akan kesalahan dirinya. Bila dicakap mula egonya tinggi. sekarang hasut kawan-kwannya pula. Perkara yang sama berulang pada diri. Tapi tak apa, cuba tabahkan diri. Bangkit dalam kesakitan. Biar ditusuk beribu kali. Saya percaya dengan janji-janjiNya. Cuma, pujuk diri untuk maafkan tanpa menyimpan dendam *kesat air mata* :')

Fikri Karim said...

Banyak org kata, dia memang laju.. Haha :D

Cik Mun said...

terbaik :)

Julie Jamal said...

seriously apa yang ditulis 100% sama dengan problem yang i tengah lalui sekarang. T_T

Nurulee said...

actually, im experienced this. ehehe.

NA said...

Tak salah meluahkan perasaan kan?
Mesti rasa lega sangat.

-wina1979-

muhamad hafiz mohamad sarpan said...

dalam maksudnyer nih....

Adda said...

Gadis rocker berpuitis .Tabik spring .muehehe

Pondok Usang said...

fuhh.. kire terer laa ni...

Semantic Sepia said...

thumbs up girl!
http://kikirie.blogspot.com/p/puisi.html

Zara Nurhaidah said...

puitis ? zara pon xpndai puitis but.. if ur wrote from the bottom of ur heart.. xkira la puitis or not.. at least u have spoken.. then can make ur more calm.. aceceh.. mlalut pnjg pula zara.. hahaha