Friday, January 24

Aku Hematophobia.


Salam all.


Hematophobia.
Hemato tu maksudnya darah. Phobia is rasa takut yang abnormal.
So it becomes Hematophobia.

Aku seorang Hematophobia. ye. takut darah.

hm. teringat dulu masa tu aku kecik lagi. i dont too remember. maybe i was in seven kot at that time.
macam biasa petang petang ada kelas mengaji dekat sekolah agama.
ada sehari tu terpaksa campur kelas standard two dengan standard one.

yknow what. tetiba ada seorang mamat standard two ni. aku tak tahu lah amenda yang dia buat. gigi dia patah. lepastu banyak betul darah yang keluar dari mulut dia. baju dia kira penuh darah.

masa tu memang susun kelas tu sebelah laki sebelah perempuan.
aku duduk belakang sikit. kiranya dia duduk ala ala depan sikit lah dari aku cuma at the other side.
tapi aku tetap boleh nampak dia.

pergh. darah dia. banyak gila.

yang aku dah menangis nangis macam gigi aku yang patah. padahal mamat tu lek je.
cikgu cikgu semua duduk focus kat mamat tu. sebab darah dia memang banyak.
aku seorang je dalam kelas tu yang menangis. menangis sungguh sungguh pulak tu.

tetiba ada seorang ustazah ni. if i was not mistaken nama dia ustazah Sal.
dia nampak aku nangis.

"haaa... kamu ni kenapa menangis pulak? bukan kamu yang patah gigi."

lepastu aku tak berapa ingat. rasanya kawan aku yang tolong jawab yang aku ni takut darah.

hahahahaha. malu betul dengan mamat tu kalau teringat balik. dah lah sampai secondary school pun satu sekolah. cuma dia keluar time form 3 kot.

hm. malu malu malu.

sampai besar laaa ni pun aku still takut darah. kadang kadang tu takda lah takut sangat. cuma reaction aku tengok darah tu yang over. melebih lebih.
paling teruk kalau darah tu kat diri sendiri. luka sikit pun aku menangis macam kena belasah.

masa aku 17. sekarang dah 2014 kiranya aku 18 lah even belum birthday. ahak ahak.
tapi takde lah lama sangat pun. masa bulan 12 yang lepas.
aku dekat luar tolong kakak aku. tak semena mena tangan aku berdarah. aku pun tak tahu pehal. amenda yang aku usik entah. lepastu aku nampak luka kat tangan.
aku terus lari belum masuk rumah lagi. aku dah terduduk.

"mak mak mak. tolong lah. mmmm mmmm mmmmm" sambil nangis ye.

mak aku pun ambik minyak apa semua. cari plaster dalam first aid box dah habis pulak.
yang aku tak habis lagi menangisnya. padahal luka macam kena pisau tu je. alah senang cite sikit sangatlah.
nangis sampai terduduk. tak boleh nak bangun tu yang over acting. hahaha.

"dah lah tu. pergi mandi......"

aku masuk bilik pun belum lagi berhenti menangis. lepas mandi tu barulah aku dah rilek.
hahahaha. tapi macam biasalah kalau dengan abang aku. tahan kena usik je lah.

sebenarnya. malu jugak depan adik adik aku. ye lah. adik aku siap tolong aku lagi macam luka parah je. apedehallah aku ni? tapi lepak lah. manalah aku tahu tetiba je aku nangis.
hm. dah lah abang ipar aku pun ada kat rumah masa tu. malunya =(

hahahaha. aku imagine kalau nanti dah kawin. anak aku ada luka.berdarah ke amenda semua. aku yang menangis lebih. padahal dia rilek je.
maybe masa tu dia akan cakap.

"mama. lek mama. saya luka sikit je ni. mama jangan nangis. k. mama ni tak gangster lah mama."

hm?

bye. salam sayang.


23 comments:

Nur Hamizah said...

Wkwkwkwkwk. mama tak ganster la XD Ahaks. Ohh yaa ada doktor miza kenal ni. Hndsome jugak la. Dia duk cucuk-cucuk jarum kat tangan ayah miza, dia cakap dia sendiri takut jarum. Hihii. XD

Razi ten said...

Lol seems like an anak manja..
Im not afraid of blood, but im afraid to donate blood.. is that also in category of Hematophobia? xD

Nurul Farahizzati said...

pernah la bleeding sebab terkena kaca yang cover meja. apa kebenda la letak kaca mcm tu untuk cover meja. grrr.. memang bleeding dia, teruk jugak la. tengok2, kawan kat sebelah dah terduduk pucat lesi.. aduyai.. dia tak takut darah. tapi, sebab darah tu gile pekat merah dia.. huhu. kesian dia. last2, yg luka ni tolong. bukan yang luka ditolong. haha

Nurul Farahizzati said...

pernah la bleeding sebab terkena kaca yang cover meja. apa kebenda la letak kaca mcm tu untuk cover meja. grrr.. memang bleeding dia, teruk jugak la. tengok2, kawan kat sebelah dah terduduk pucat lesi.. aduyai.. dia tak takut darah. tapi, sebab darah tu gile pekat merah dia.. huhu. kesian dia. last2, yg luka ni tolong. bukan yang luka ditolong. haha

syazrah tarmin said...

hahhahaa.. alahai cik ee ni... takot daraahhhh... relaks la dearrr... hihhi.. syaz pon camtu jugak kekadang... hahah :p

cik lisa said...

wuuuu darah darah darah, hahaha

Siara Elina said...

hahaha lawaklah kisah masa kecik tuu.. haha dia pulak yg nangis kan.. sabo je lah.

Farah Arina said...

mama tak gangster?
hahahaha xD

Mazni Munawar said...

saya tak takut darah, tapi bila tengok darah tu rasa mcm berdebar-debar. taktau kenapa. xD

Dalila Samsudin said...

tak takut sgt drah. tapi takut jarum suntik hah hambik. time sekolah menengah kena cucuk menangis dpn nurse. malu wooh dh besar nangis kekeke xD

Teena Tna said...

Tak takut darah. Cuma tak suka darah. That's why i dont choose medic. Haha

Mohd Syarizwan said...

ok pe darah.. cam air sirap je.. anggap je tu air sirap pekat..

Akeyla Azmi said...

hahahahaha mama mmg tak gengster haih. anak dia dah ah kakak kawasan :p

Akeyla Azmi said...

nasibaik qila tak takut darah hiks :PP

unsecretostory said...

Hahaa. Alalall comel jea ehh :)

Gee Lion said...

cik Nurul, dah practise tiap2 bulan pon takut darah lagi?

>.<

hihihii.. :)

Am_Mir said...

Amboii kak ee ~ haha .. xD
Be more careful next time =)

Aisyah azizon said...

alahai. ecah pulak x takut darah. semangat kental nak jadi doctor.haha xpe ee, smua org ada kelemahan.

NA said...

Susah juga yer kalau takut darah sebab nanti kena selalu berhati-hati supaya diri sendiri tak luka.

-wina1979-

AmySyahiera Malik said...

haha , lawak la Ee nie . takpe la , In Shaa Allah lepas nie okay la . beranikan diri sikit . btw , jauh ye Ee menerawang . sampai apa yang anak cakap tu , haha .

Cik Itah@RRP said...

salam. eh eh takut darah rupanya :)

Junkyo Hikari said...

can I laugh?
your post really make my day..
ahhahahahahaha...

nasib baik sy tak takut darah :P
hehe...
alahai.. kesiannye..

>///<
kalau sy mmg malu dah.. ahahaha

Zara Nurhaidah said...

Zara kalo bab darah ni xlaa fobia tp len pla ngan husbnd.. dia siap nk pitam kalo nmpk bleeding ni.. aiyoo.. zara bfikir.. cmana agak nya nnti kalo minta teman masuk wad bsalin ni.. hikhik..