Thursday, January 30

Ajaib is Miraculous.


Salam all.

semalam. aku lepak dengan abang sambil kitorang dengar lagu bpr.

rock yeyeh.
but im not gonna talk 'bout rock kapak.rock bebeh ke apa.

aku dengan abang gelak kemain. ada lah cerita yang aku malas nak share.
alah. just something like cerita kosong. dengan lawak selamba abang aku.
mihmih =))

all of a sudden. abang whispered close to my ear.

"nak tahu tak? ada menda ajaib jadi kat aku?"

"hahahahaha. amendanya? macam macam je lah.", aku.

"haritu. aku mimpi. ada ramai gila orang datang rumah. lepastu. ramai orang dalam bilik aku. aku tengok ada mak. ada mayat. aku tengok muka dia macam aku."

"lepastu ada ustaz tu kata 'semua dah selesai ye. saya nak tutup muka dia ni' masa dia nak tutup muka tu aku terjaga dalam pukul 4 pagi macam tu. ya Allah. aku tak tahu apa nak cakap. sungguh aku rasa macam betul. Lillahitaala."

"aku terjaga je. aku rasa semua badan aku. ya Allah. betul. aku rasa aku mati betul."

"tak lama lepas aku mimpi macam tu. aku mimpi lagi. aku duduk menghadap laut. tiba tiba datang orang tua tepuk aku dari belakang. dia suruh aku tengok dekat pokok tu ada apa. apa yang aku jumpa dalam mimpi aku tu. ayat al Quran yang keluar dalam mimpi aku tu. surah Az-zumar ayat 53. sekali dengan maksud dia."

"betul ni aku cakap. lepastu aku dapat satu rasa. rasa yang aku cakap ajaib."

"cuba tengok surah Az-zumar ayat 53. tengoklah. baca maksud dia. mendalam."

"ye ke? nanti lah aku tengok eh."

lepastu dia terus blah. took a wudhu' for Isya'.

i dont intend to be proud with what happened to my brader.to show off ke apa. no.
i just wanna share with you.
memang aku nampak dia berubah. Alhamdulillah. seronoknya aku tengok even aku pun tak macam dia.

baca Quran. baca buku agama. buku yang macam about mati and stuff. yknow what i mean? huh?
solat dia jaga. kalau subuh sometimes dia pergi masjid. dia kata kadang kadang ada tazkirah.
dia seronok dengar. dia terjaga pukul 4 macam tu terus mandi. dia pernah cakap. takut tertidur nanti terlepas subuh.
cuma perangai dia lepas subuh tidur. sometimes. hahaha. biasalah abang abang. aku pun selalu macam tu jugekk =DD

aku cerita dekat sorang kawan aku. dia kata.

"untungnya dia. aku teringin nak dapat mimpi macam dia. aku selalu doa dapat hidayah"

macam tu jugak aku. selalu teringin to be better. to do some hijrah etc. and i will. inshaAllah.
sama sama lah doa.
kadang kadang ada jugak orang yang aku jumpa bukannya doa yang baik baik untuk orang lain tapi sebaliknya.

dia kata dakwah. dakwah sentap ke apa entah? bukan aku nak condemn. tak. langsung tak.
tapi ye lah. orang macam aku bukan boleh cakap lebih lebih.
cuma boleh cakap. mungkin cara dakwah yang tu tak sesuai untuk aku. untuk orang yang macam aku.

entahlah. kadang kadang rasa betul jugak apa yang budak tu pernah cakap kat aku. dia kata.

"tak pernah pulak dengar Rasulullah(saw) berdakwah cara kasar."

wallahu.
sama sama kita doa untuk orang lain. semoga sama sama get a hidayah from Allah swt.
Amin.

surah Az-zumar verse 53.



peace. no. war.
bye.


24 comments:

Zara Nurhaidah said...

Subhanallah.. tsentuh hati zara baca.. ~~

Nur Inani said...

allah bagi hidayah kpd sesiapa shj :)

Farah Arina said...

sebenarnya farah teringin nak ada mimpi yang macam tu. lagipun farah em entahlah, hati keras :/

Ahmad Zaki said...

Semoga terus-menerus ke jalan kebenaran. =)

ZH Blogger

Nurulee said...

dear Farah Arina,

same goes to me. sama lah kita. hati keras.

Gee Lion said...

adakah mungkin kita akan dpt mimpi sebegitu.. fokus membaiki diri sendiri..

Akeyla Azmi said...

<3
subhanallah.
Nak jugak <3
qila pun selalu doa qila dapat hidayah cemtu.
Tp allah je yg berkuasa kan hihi :D
Hmm betul, dakwah tu depends. Ada yg qila suka ada yg kita kureng sikit hihi.

Contoh UAI, mmg best hik.
Awek suka style cmane berdakwah? :D Huhu.
Tp bukan yg kasar lah kan ofcs hehe <3

Nurulee said...

suka gila UAI. sempoi.
seronok je dengar. hahaha.
Hilal Ashraf pun suka jugak.
=D

unsecretostory said...

Subhanallah. Alhamdulillah. Besar rahmatnya :)

Teena Tna said...

Subhanallah. Akhir2 ni aku ada terbaca satu cerita. Ada satu ayat yg buat aku tersentap. Sangat. Dan baru2 ni juga Allah telah makbulkan doa aku yang bertahun-tahun aku doa. Alhamdulillah.

Hidayah Allah datang pelbagai cara. Terima kasih kongsikan cerita abang kamu ni ye :)

Junkyo Hikari said...

Subhanallah.. abg awk mmg untung.. sapa yg taknak mimpi benda yang akan membawa perubahan besar yang baik dalam kehidupan seharian kita malah akan bawa hingga akhirat nih.. alhamdulillah sangat dengar.. rasa sebak sy baca TT^TT
I wish it hidayah never lost from inside our heart and we always follow Allah guide.. aamiin...
:)
btw sy pun takleh dakwah yg keras2 sgt nih.. tapi UAI bg sy tak lah keras pun dakwah beliau ^__^ like him~

Nur Hamizah said...

Subhanallah seronoknya. Allahuakbar. Segala puji bagi Allah. Hmm kadang sedih tengok diri. Seperti jatuh. Jatuh hatinya. Kenapa tak mahu bangkit kembali ? Kadang terasa menipu diri sendiri. Allah bantulah kami semua. Bantulah lah kami. Bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redha. Jangan biarkan kami berada jalan yang sesat dan jalan yang Engkau murkai. Allah.

Hati, iman. jangan engkau tewas sama nafsu dan syaitan. Lawan ! Lawan ! :'( *Rebah*

BeeHaa HaaHaa said...

thanks share...

Azwar Syuhada said...

Teringin juga nak dapat mimpi macam itu, tapi kita tak terpilih.. Tersentuh baca.. :)

hujan pelangi said...

Alhamdulillah. Bukan semua orang Allah SWT bagi can untuk berubah.. :)

Anizz Annisa said...

subhanallah.. terharu bacenye.. xsemua org dpt mcm tu..

Nurul Farahizzati said...

Subhanallah.. untung abang ee tu.. ada orang, petunjuk depan mata tapi tetap di tampuk yang lama.. huhu..

Izzah Norlizah said...

Al-Hamdulillah...abg dpt hidayah dr Allah mlalui mimpi...owg t'pilih ja d bri hdyh ne :)

NA said...

Betul lah kebanyakan orang suka condemn atau kutuk macam diri sendiri tu baik takde dosa langsung. Tu sebab saya malas nak bergaul dengan orang camni.

Bestlah abang awak dapat mimpi begitu. Lagi bagusnya dia berubah ke arah kebaikan.
Oh!Hidayah datang dalam pelbagai cara tak semestinya mimpi.

Doa sama-sama ok kita semua berubah ke arah lebih baik setiap hari. Insya Allah.

Chill.

-wina1979-

Am_Mir said...

Suhanallah ...

cik lisa said...

Subhanallah. Alhamdulillah. ;')

Nadratul Syazwana said...

Your bro is sure so lucky! ^-^

Alhamdulillah seronoknyaaa. I cant imagine myself kalau i dapat hidayah camtu. I macam takut je

Cahaya Kebaikan ♥ said...

Allahu... Alhamdulillah :)

Arif said...

Alhamdulillah. Untonglah sesape yg dapat, panggilan mcm tu. Xramai yg dpt ms muda. Kdg2 ms da tua br dpt. Tp bl dpt time muda, tkt pulak hilang nnt,mntk simpang. Panggilan2 dr dlm mimpi, ms kita sedar or melalui org lain or etc. Dalam ilmu tasawuf, tok guru saya kata, itu adalah Khotir samawiyah. Ilham utk berbuat baik..n diselangi dgn hidayah2 n then byk step lg. Sorry, just kongsi2 kong.